“Anak India pun anak kita, anak Cina pun anak kita dan anak melayu pun anak kita.” - Anwar Ibrahim
Photographer by shahrilmajid, khairul anwar ( not his son )
Kemarin dahulu saya di sungai petani kerana membayangkan Nurul Izzah akan datang untuk sesi ceramahnya dan berhajat untuk merakamkan mimik beliau diatas pentas. Seperti yang pernah saya dibayangkan dahulu bahawa wajah beliu merupakan antara celebriti yang ingin saya rakamkan melalui lensa kamera saya. 10 tahun dahulu saya pernah berada bersama beliau dalam satu majlis. Tetapi waktu itu saya belom lagi berjinak-jinak dengan kamera DSLR. Nak beli tali gitar pun tak mampu waktu tu, macam mana nak beli kamera kan. Walaubagaimanapun hajat malam kemarin tak terlaksana kerana beliau ditidak dapat menghadirkan diri oleh sebab – sebab tertentu. Tapi kekecewaan saya terubat akhirnya bila mendapat khabar beberapa tokoh lain akan datang pada kesesokan harinya di pulau pinang.
Malam tadi saya dengan khairul anuar tidak membuag masa dengan kamera masing-masing berasak-asak dengan fotographer lain hingga ke pentas hadapan. Yang bezanya kali ini ialah setiap daripada kami berebut-rebut untuk mendapatkan kedudukan yang sesuai untuk kepuasan diri masing-masing. Mengambil gambar diwaktu malam adalah susuatu yang mencabar kerana memerlukan sokongan flash secukupnya.
Antara beberapa snap yang berjaya diambil semalam. Gambar diatas adalah sebahagian dari album saya dalam flick. untuk gambar yang lain klik bawah
Gambar diatas perlu dilihat dari sudut fotografi sahaja, diulangi f. o. t. o. g. r. a. f. i tiada kena mengena-mengena dengan mana-mana kempen parti politik.